Soal
Jawab Warisan Suri:- [Est-1760]
1.Apakah
bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Warisan Suri?
Bahan-bahan
untuk membuat Warisan Suri terdiri dari 199 jenis alam flora dan herba-herba
terpilih. Bahan-bahan berikut bertindak sebagai bahan antisiptik, bahan
penyedut, bahan penyuci, bahan pengawet dan sebagainya TANPA sebarang bahan
kimia. Herba utama adalah Manjakani. Manjakani digabungkan dengan bahan-bahan
lain dengan kadar sukatan tertentu untuk membantu mengatasi keputihan dan
sebagainya khusus untuk wanita.
2.Bolehkah
Warisan Suri untuk dibuat minuman?
Apabila
hendak merebus akar kayu, kita terpaksa mencampurkan akar-akar kayu dan
merebusnya sekian lama sehingga air menjadi satu pertiga dari isipadu asal air.
Ini amat menyusahkan kita tetapi dengan Warisan Suri, pengguna terus sahaja
rendamkan dalam air panas, kacau-kacau hingga lumat dan minum. Badan akan rasa
lebih bertenaga. Bagi anak dara yang mengalami keputihan teruk boleh buat
minuman seminggu dua kali.
3.Saya
dapati saiz Warisan Suri tidak sama, kenapa boleh jadi seperti itu?
Saiz
Warisan Suri memang tidak sama. Ianya dibentuk hanya melalui penggentelan atas
tapak tangan sahaja, sukar dimasukkan ke dalam mesin acuan. Jika masuk ke dalam
mesin acuan, campurannya akan terlerai manakala air campuran herba yang ada
sebagai penawar akan tersisa. Ini boleh mengurangkan kualiti keberkesanan
Warisan Suri.
Air
campuran herba ini dikeringkan dengan menggunakan tenaga infrared dari cahaya
matahari sahaja. Maka herba akan mengeras dan menyerap tenaga infrared ini
sehingga menjadikan jangka hayat Warisan Suri terlalu lama, melebihi 5 tahun.
4.Saya
difahamkan Warisan Suri ini perlu dimasukkan ke dalam saluran faraj (MissV).
Saya pernah perkara ini tetapi ramai agak khuatir. Sejauh mana perlu masukkan
dan apa akan berlaku? Bagaimana jika herba Warisan Suri ini hilang dari dalam
faraj?
Ye
benar, Warisan Suri ini dipakai iaitu perlu dimasukkan dalam miss V untuk
mendapatkan kesan yang lebih efektif. Bagi yang rasa khuatir itu kerana mereka
tidak pernah didedahkan cara rawatan herba ini walhal pemulihan cara ini sudah
diamalkan beratus-ratus yang lampau. Hakikatnya sudah beribu-ribu kaum ibu
telah mengunakan herba Warisan Suri ini dengan cara memasukkan ke dalam Miss V.
Ada beberapa kes disahkan menghadapi kanser rahim, dengan izin Allah telah
selamat dipulihkan.
Had
untuk memasukkan ke dalam miss V adalah sekadar 2 atau 3 ruas anak jari iaitu
berdekatan dengan pangkal rahim. Jika saluran miss V adalah sihat dan subur,
Warisan Suri akan terus meresap dalam rahim dan bertindak menyuburkannya,
membentuk dinding rahim lebih anjal. Proses pensenyawaan benih akan mudah jika
berlaku hubungan kelamin pada waktu subur.
Sekiranya
ada masalah keputihan, cyst dan lain-lain, Warisan Suri akan menyedut
keputihan2 ini dan melekat pada Warisan Suri. Kebanyakannya keputihan @ kekotoran
ini menjadi seperti kepingan surat khabar atau daging-daging cincang
bertali-tali yang boleh di bawa @ dikorek keluar. Pada peringkat permulaan,
akan dapati cecair putih keputihan akan bertukar warna perang. Mereka yang
mengalami keputihan, pasti cecair ini akan keluar meleleh dan dapat dilihat
pada seluar dalam. Jika tidak dibersihkan, maka kuman-kuman keputihan akan
merebak dan boleh menyebabkan penyakit lain timbul. Jika ada hubungan kelamin,
pihak suami akan merasa gatal-gatal pada kemaluan dan juga tidak selesa kerana
miss V akan mengeluarkan bau yang busuk. Penggunaan Warisan Suri yang teratur
dapat mengatasi pengeluaran cecair ini dan membuat kaum ibu akan lebih selesa.
Ada
kes, pengguna baru yang rasa takut-takut untuk memasukkan dalam miss V. Mereka
hanya masukkan dalam sekitar seinci dari saluran faraj. Akibatnya cecair di
dinding kawasan itu disedut. Maka, ketika melakukan persetubuhan, pasangan
merasa amat ketat, tetapi gripnya (kemutan) masih tidak anjal dan keputihan
masih ada. Ikutlah kaedah yang dicadangkan.
5.Apakah
kesan-kesan segera atau sampingan jika mula-mula menggunakan Warisan Suri?
Jika
dibuat minuman, biasanya pengguna akan banyak kentut dan sedawa. Ada juga akan
lebih lawas membuang air besar. Ada juga bila minum warisan suri ini akan cepat
rasa mengantuk.
Bagi
yang pertama kali memakai Warisan Suri, perut rasa memulas, rahim rasa panas
dan seperti rasa bengkak. Teruskan sahaja kerana ini adalah simptom biasa
sahaja. Ada yang mendakwa tidak ada keputihan, tetapi setelah menggunakannya,
banyak kepingan-kepingan kekotoran melekat pada herba warisan suri. Bila kerap
diminum dan dipakai, kaum ibu @ wanita tak perlu was-was masalah wudhu kerana
cecair tidak lagi keluar dari Miss V. Pengguna akan lebih selesa, malah
hubungan kelamin lebih nikmat. Ada para suami mendakwa seperti mengauli
permaisuri (isteri) yang berusia belasan tahun apabila menggunakan Warisan
Suri. Maka, kedua-dua pihak mendapat kelebihannya. Alhamdu Lillah. Ini
merupakan tugas Fardhu Kifayah untuk mengatasi masalah kaum wanita.
6.Pernah
tak berhadapan dengan pemalsuan Warisan Suri?
Kes
pemalsuan Warisan Suri pernah berlaku pada tahun 1992. Pengguna menjadi bengkak
pangkal rahim lalu membuat lapuran polis untuk menyaman Pewaris ke 6. Apabila
diambil sample yang dibeli oleh pengguna dan pihak polis mengambil sample
Warisan Suri yang kebetulan masih ada stok, ujian dilakukan. Terbukti hasil
ujian tidak memberikan hasil yang sama. Pihak kami teruskan rawatan pada
pengguna tersebut dengan petua rendaman Warisan Suri. Dalam masa seminggu, alat
kelamin pengguna menjadi lebih baik dari biasa.
7.Apakah
pantang larang penggunaan Warisan Suri?
Elakkan
makan seafood seperti sotong, siput, ketam dan lain-lain dan juga sayur-sayur
seperti keladi, semalu, jelatang, labu, teratai, tauge, bende, terong dan
serai.
8.Bagaimana
proses Warisan Suri?
Antara
proses Warisan Suri termasukkan pemilihan bahan mengikutan sukatan khusus,
penyulingan air, rendaman, penggilingan, penggentelan dan jemuran pada matahari
terik. Tanpa bahan kimia dan Tanpa menggunakan api.
9.Adakah
rancangan untuk dikomersialkan?
Kami
mempunyai rangkaian pengilangan berasaskan Islam (Islamic Manufacturing
Practice-IMP) di Kuala Kangsar Perak, yang telah beropersi berpuluh-puluh tahun
dan mengeluarkan hampir 200 produk halalan thoyyiba. Oleh kerana Warisan Suri
ini hanya diproses secara manual, iaitu secara 'homemade' dan berdasarkan
kepada pesanan pelanggan, maka produk Warisan Suri hanya dibuat di mana-mana
sahaja pewaris ada. Proses tidak memerlukan ruang yang besar. Ianya sah halal
kerana pewaris sendiri yang menentukan bahan-bahannya.
Antara
ciri-ciri IMP adalah, proses dilakukan dalam keadaan berwudhu diikuti dengan
selawat dan sebagainya. IMP memiliki sijil JAKIM tetapi bagi mereka yang
memiliki sijil JAKIM tak semestinya layak mendapat pengiktirafan IMP
sebagaimana Indonesia pernah satu ketika dulu menolak barang-barang yang
sekadar ada status sijil JAKIM.
10.Boleh
tak Warisan Suri ini digunakan oleh anak dara atau yang tidak bersuami?
Bagi
yang pernah berumah tangga, boleh gunakan seperti wanita yang ada suami tetapi
tidak perlu kerap measukkan dalam miss V. Memadai sekali dalam sebulan,
selebihnya buat minuman. Bagi anak dara pula, boleh buat minuman dengan
merendamkan dalam air panas, hancur-hancurkan dan minum terus segelas. Jika
keputihan kuat, minumlah dlam selang 3 atau 4 hari.

Blh bg no phone utk wasap
ReplyDelete